Ikatan Diplomatik Untungkan Rakyat

2019-10-09 16:49:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_138458914_15706310401661n

 

Ikatan diplomatik yang dijalin China dan Kepulauan Solomon berdasarkan prinsip "satu China", sesuatu yang mengikut arus sezaman dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden China, Xi Jinping berujar demikian semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manasseh Sogavare di Beijing hari ini.

Xi menyatakan China bersedia bersama-sama Kepulauan Solomon merebut peluang bersejarah sempena penjalinan ikatan diplomatik untuk saling percaya dan menyokong, di samping memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Katanya, Kepulauan Solomon terletak di bahagian selatan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Kedua-dua negara harus memanfaatkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan memperluas sinergi.

Sogavare mengulangi pendirian Kepulauan Solomon yang berpegang pada prinsip "satu China", di samping menegaskan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, perikanan, pertanian, pelancongan dan sebagainya.

徐国玮