NBA Patut Faham Hati Rakyat China

2019-10-09 14:43:18  CRI
Share with:

Saluran sukan Televisyen Pusat China (CCTV) kendalian Kumpulan Media China (CMG) telah menghentikan penyiaran acara pertandingan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) Amerika Syarikat. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam berkata keputusan itu dibuat kerana mustahil interaksi dan kerjasama dapat diteruskan dengan pihak yang tidak memahami hati rakyat China.

Pejabat Konsul Jeneral China di Houston telah mengemukakan bantahan keras berhubung kata-kata tidak sesuai yang dibuat pengurus besar Houston Rockets, Daryl Morey tentang situasi di Hong Kong. 

Bantahan serupa turut dibuat Persatuan Bola Keranjang China (CBA) dan beberapa penaja Rockets dari China.

徐国玮