AS Dituntut Henti Eksploitasi Isu Xinjiang

2019-10-10 16:26:07  CRI
Share with:

Sekatan visa yang diumumkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menyasarkan pegawai China dan keluarga mereka yang kononnya terlibat "menahan" atau "menyeksa" penganut Islam di wilayah Xinjiang, telah mengundang sekeras-keras bantahan.

Jurucakap Kementerian Luar Geng Shuang semalam berkata, China menentang sebarang sekatan yang dikenakan terhadap entiti dan individunya atas alasan isu Xinjiang.

Katanya, inisiatif yang diambil pihak berkuasa Xinjiang bertujuan untuk mencegah penyebaran faham ekstremis dan keganasan. Langkah-langkah tersebut mematuhi undang-undang domestik dan praktik antarabangsa, mendapat sokongan 25 juta penduduk Xinjiang yang berbilang etnik, juga telah menyumbang kepada perjuangan sedunia untuk membanteras keganasan.

AS digesa membetulkan kesalahan, menarik balik keputusan terbabit dan berhenti mencampuri urusan dalaman China.
 

徐国玮