Liu He Temu Tokoh AS

2019-10-11 15:00:17  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Liu He telah bertemu dengan tokoh-tokoh bidang ekonomi dan perniagaan Amerika Syarikat (AS) di Washington petang semalam waktu tempatan.

Dalam pertemuan dengan Presiden Majlis Perniagaan AS-China, Craig Allen dan Naib Presiden Eksekutif Dewan Perniagaan, Myron Brilliant, Liu He menyatakan kesediaan China untuk menjalankan komunikasi mengenai isu-isu yang menjadi tumpuan bersama. Ini termasuk imbangan perdagangan, akses pasaran dan perlindungan kepada pelabur, yang dianggap penting untuk menggalakkan kemajuan positif dalam rundingan.

Allen dan Brilliant bersependapat bahawa tiada pemenang dalam perang perdagangan, dan sektor komersial AS tidak mahu melihat tarif tambahan dilaksanakan. AS dan China diharap dapat merungkai perbezaan pendapat dan menghentikan perang dagang.

Dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan baharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, Liu He menyatakan China bersedia mencapai konsensus dengan AS berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat, bagi mencegah pergeseran bertambah buruk.

Georgieva pula berkata, IMF menghargai kesungguhan China untuk menyelesaikan masalah melalui rundingan, dan bersedia terus memainkan peranan yang sewajarnya bagi memelihara sistem multilateral dan peraturan perdagangan bebas.

曹捷