China, AS Mula Pusingan Ke-13 Rundingan

2019-10-11 10:53:35  CRI
Share with:

Pusingan baharu rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi China dan Amerika Syarikat (AS) dilancarkan di Washington pagi semalam waktu tempatan.

Naib Perdana Menteri Liu He mengetuai delegasi China ke pusingan ke-13 rundingan tersebut, yang turut membabitkan Wakil Perdagangan, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin bagi pihak AS.

Rundingan kali ini berlangsung hingga 11 Oktober. Terdahulu, kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan peringkat kerja sebagai persiapan.

曹捷