China, Nepal Lonjakkan Hubungan

2019-10-13 15:45:33  CRI
Share with:

China dan Nepal memutuskan untuk melonjakkan hubungan dua hala ke tahap rakan kerjasama strategik demi persahabatan berkekalan ke arah pembangunan dan kemakmuran berdasarkan semangat "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", dan saling untung.

Keputusan itu dibuat dan diumumkan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Nepal, Bidhya Devi Bhandari ketika bertemu di Kathmandu semalam. 

Xi dalam pertemuan itu menyatakan, hubungan antara China dengan Nepal menjadi teladan bagi negara jiran. Beliau berharap lawatan kali ini dapat mewariskan dan memperkasakan persahabatan tradisional, sekali gus melonjakkan kedua-dua negara ke tahap baharu. 

Beliau menegaskan, China dan Nepal perlu memperkukuh asas hubungan politik dan menjadikan pembinaan komuniti berkongsi nasib sebagai matlamat jangka panjang. China akan terus menyokong Nepal memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayahnya serta memberikan sokongan dan bantuan terhadap pembangunan sosioekonomi negara itu.

Bhandari mengucapkan tahniah atas ulang tahun ke-70 tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC). Nepal komited menimba pengalaman pembangunan China. Beliau yakin China mampu mewujudkan Impian China di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC). Kemakmuran China nescaya akan membawa manfaat kepada Nepal serta kedamaian, pembangunan dan kemakmuran serantau.

徐国玮