Presiden Xi Temu Ganesh Prasad Timilsina

2019-10-13 14:49:45  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125097647_15709124537191n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Pengerusi Dewan Persekutuan, Ganesh Prasad Timilsina di Kathmandu semalam.

Xi berkata, beliau boleh merasai rasa persahabatan rakyat Nepal terhadap China dalam lawatan ini. China komited memperkukuh hubungan persahabatan dengan Nepal, selain mempergiat kerjasama dan interaksi dengan dewan undangan negara itu demi mempererat persahabatan antara kedua-dua negara.

Timilsina pula berkata, China di bawah pimpinan Presiden Xi telah mencapai kejayaan cemerlang dan pasti akan mewujudkan impian kebangkitan nusa dan bangsa China. Pihaknya menghargai bantuan China kepada negara itu dan akan terus mengamalkan dasar satu China dan tidak membenarkan kuasa lain menggunakan wilayah Nepal untuk melakukan kegiatan pemisahan negara China. Pihaknya mahu merapatkan interaksi dan kerjasama dengan badan perundangan China demi meningkatkan persahabatan kedua-dua negara.

覃淼