Persidangan ketiga speaker parlimen enam negara diadakan di Istanbul, Turki pada 11 hingga 12 Oktober, memfokuskan kesalinghubungan ekonomi dan kempen memerangi keganasan.
Para peserta memuji sumbangan Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) terhadap dua usaha tersebut.
Naib Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Wang Dongming berkata lebih 160 negara dan pertubuhan antarabangsa telah menandatangani dokumen kerjasama BRI dengan China sejak inisiatif itu disarankan enam tahun lalu. Ini termasuk Rusia, Pakistan, Iran, Turki dan Afghanistan. Banyak projek kerjasama yang dicapai sudah pun dilancarkan.
Naib Pengerusi Senat Pakistan, Saleem Mandviwalla menyatakan BRI bukan sahaja mengukuhkan ikatan antara China dengan negara-negara terlibat, tetapi juga mengurangkan tekanan yang dibawa keganasan melalui kerjasama ekonomi lebih mantap.
Peserta sidang bersependapat BRI yang memfokuskan kerjasama ekonomi dengan menjunjung keterbukaan, keinklusifan dan keuntungan bersama, menjadikan pembangunan ekonomi dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat sebagai sasarannya.