China, Singapura Kuat Kuasa FTA Versi Baharu

2019-10-16 13:38:30  CRI
Share with:
Naib Perdana Menteri China, Han Zheng bertemu dengan Timbalan  Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat di Chongqing semalam.

Kedua-dua pihak mengumumkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) China-Singapura yang dinaiktarafkan berkuat kuasa pada 16 Oktober.

Han Zheng berkata pintu China yang sedia terbuka akan lebih luas, dan Singapura dialu-alukan sama terlibat.

Heng Swee Keat menyatakan kesediaan Singapura bersama-sama China melonjakkan kerjasama, mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan menangani cabaran global.

Pada hari sama, dua pemimpin mempengerusikan empat mesyuarat mekanisme kerjasama bilateral.

Persetujuan dicapai untuk mengukuhkan kerjasama melibatkan kesalinghubungan, sokongan kewangan, kerjasama tiga pihak dan kehakiman  di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping menambah pelaburan terhadap projek pembinaan laluan baharu darat dan laut serta mempergiat kerjasama strategik berkaitan pembangunan serantau. 
  
梁靓