IMF Turun Unjuran Pertumbuhan Global

2019-10-16 14:46:44  CRI
Share with:
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada 3% bagi 2019, kadar paling rendah sejak krisis kewangan pada 2008.  Pertumbuhan bagi 2020 pula diunjurkan pada 3.4%.

Dalam pada itu, entiti ekonomi maju dijangka mencatat pertumbuhan 1.7% tahun ini dan tahun depan. Unjuran bagi entiti ekonomi baru muncul dan membangun  pula masing-masing 3.9% dan 4.6% untuk dua tahun yang sama. 

Pertumbuhan ekonomi China diramalkan mencatat 6.1% sepanjang tahun ini. 

IMF turut mengingatkan bahawa prospek pertumbuhan ekonomi global tidak menentu ekoran ketegangan perdagangan dan geopolitik.

Ketua ahli ekonomi IMF, Gita Gopinath berkata, sektor pembuatan yang lembap dan keadaan perdagangan global yang memburuk antara faktor utama yang memudarkan prospek ekonomi.
张哲