5 Maut Dalam Konflik Bersenjata di Mexico

2019-10-17 14:40:42  CRI
Share with:

Satu pasukan peronda terdiri daripada anggota tentera dan polis Mexico diserang oleh kumpulan militan pada petang kelmarin. 14 militan dan seorang askar maut dalam konflik tersebut.

Demikian dimaklumkan jabatan keselamatan Guerrero, Mexico pada 15 Oktober lalu.

Beberapa senjata berat dan tiga kereta milik militan tertinggal selepas berlakunya kejadian itu.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Negeri Guerrero yang selalu menyaksikan berlakunya kejadian keganasan disenaraikan sebagai salah satu kawasan paling berbahaya di Mexico.

 

梁靓