Pertumbuhan China Tetap Pesat

2019-10-18 14:18:51  CRI
Share with:
Walaupun pertumbuhan ekonomi China menurun sedikit, namun boleh dikatakan tetap pesat jika dibandingkan dengan entiti ekonomi utama lain.

Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS), Mao Shengyong dalam taklimat media hari ini telah menerangkan keadaan ekonomi negara pada tiga suku pertama.

Data terkini NBS menunjukan, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada tiga suku pertama tahun ini mencatat RMB69.8 trilion (RM41.2 trilion), meningkat 6.2% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Mao menyatakan indeks utama ekonomi makro China kekal pada julat yang munasabah, pasaran pekerja stabil, Indeks harga pengguna (IHP) meningkat secara sederhana, sementara pendapatan penduduk dan ekonomi negara tumbuh seiringan. 
张弘