FDI di China Naik 6.5%

2019-10-18 13:58:10  CRI
Share with:

Pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) di China pada tiga suku pertama tahun ini merekodkan nilai RMB683.21 bilion (RM403.64 bilion), naik 6.5% berbanding masa sama tahun lepas.

Jurucakap Kementerian Perdagangan, Gao Feng memaklumkan jumlah pelaburan asing dalam industri teknologi tinggi meningkat 39.8% dalam tempoh sama, menyumbang hampir 30% kepada keseluruhan FDI. 

Pelaburan dari negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Asia Tenggara pula masing-masing bertambah 14.9% dan 17.5%.

 

梁靓