Prospek Brexit Masih Tidak Menentu

2019-10-18 11:55:15  CRI
Share with:

Faktor yang tidak menentu masih wujud dalam isu Brexit walaupun Kesatuan Eropah (EU) dan Britain mencapai persepakatan mengenai perjanjian Brexit baharu.

Namun, persepakatan dapat dicapai dikatakan kerana EU tidak ingin melihat Brexit tanpa perjanjian, manakala Britain tidak mahu hal ini ditangguhkan lagi. 

Ini bukan kali pertama kedua-dua pihak mencapai persepakatan di peringkat kerajaan. Perjanjian yang dipersetujui EU dan Britain sebelum ini gagal berkuat kuasa kerana ditolak Parlimen Britain.

Oleh itu, keputusan mengenai Brexit masih bergantung kepada pengundian Parlimen Britain pada 19 Oktober.

 

张哲