Sukan Wahana Interaksi Budaya Tentera

2019-10-18 22:52:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125123502_15713999309391n

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan pemimpin jabatan pertahanan dan tentera pelbagai negara serta pegawai Majlis Sukan Tentera Antarabangsa (CISM) yang berada di Wuhan untuk menghadiri majlis pembukaan Sukan Tentera Dunia ke-7.

Dalam pertemuan petang tadi, Xi menyatakan tentera China bersedia mengambil peluang daripada temasya tersebut untuk menggalakkan pembangunan inovatif kerjasama ketenteraan antarabangsa, sambil mempergiat interaksi dengan tentera negara-negara lain serta kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Tentera sedunia diseru berganding tangan menghadapi ancaman dan cabaran keselamatan untuk membuat sumbangan lebih besar kepada keamanan dunia serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau turut menyuarakan harapan agar temasya itu menjadi wahana untuk merancakkan interaksi dan saling belajar antara budaya tentera berbeza.

Xi juga menjemput para tetamu menyertai Forum Xiangshan ke-9 yang dijadualkan berlangsung di Beijing pada 20 hingga 22 Oktober untuk bersama-sama menyumbang buah fikiran kepada perjuangan menjaga keamanan dunia.

梁靓