Xi Ucap Tahniah Perasmian QMS

2019-10-19 15:52:00  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengirim surat tahniah sempena perasmian Sidang Kemuncak Syarikat Multinasional (QMS) pertama di Qingdao, provinsi Shandong.

Beliau menyatakan dalam tempoh lebih 40 tahun setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, syarikat multinasional menjadi peserta dan saksi penting. Mereka telah memainkan peranan positif dan turut mendapat faedah.

Katanya, tahap keterbukaan China akan terus ditingkatkan, iklim perniagaan akan semakin baik dan peluang untuk syarikat multinasional akan bertambah banyak. 

China mengalu-alukan pelabur dari seluruh dunia untuk bersama-sama  mewujudkan situasi untung-untung dan membina masa depan lebih indah.
 

徐国玮