Barat Jelas Amalkan Dwistandard

2019-10-20 16:35:10  CRI
Share with:

Catalonia, Sepanyol telah mengadakan referendum "kemerdekaan" pada Oktober 2017 tanpa mempedulikan keputusan Mahkamah Perlembagaan, hingga menyebabkan kuasa autonominya dibatalkan oleh kerajaan.

Pada 14 Oktober tahun ini, mahkamah tertinggi Sepanyol menjatuhkan hukuman penjara ke atas 9 pegawai kanan yang mendalangi referendum tersebut.

Sejak itu, tunjuk perasaan dan konflik terus-menerus tercetus di Barcelona, menyaksikan pemprotes melampau bertindak merosakkan fasiliti awam malah menyerang anggota polis. 

Menteri Dalam Negeri, Fernando Grande-Marlaska menyatakan pemprotes melampau yang menyokong kemerdekaan Catalonia akan berdepan hukuman penjara maksimum selama 6 tahun.

Sikap yang ditunjukkan sesetengah negara dan media Barat serta pertubuhan antarabangsa kali ini adalah jauh berbeza berbanding terhadap senario serupa di Hong Kong. Kali ini, mereka memilih untuk berdiam, yang jelas mengamalkan dwistandard.

Pada pagi 17 Oktober, ahli Parlimen Scottland, Gavin Newlands melalui media sosial mengatakan  setakat itu, BBC belum ada sebarang laporan mengenai keadaan di Catalonia, tetapi menyiarkan satu berita mengenai situasi Hong Kong.

张弘