308 Ditahan Protes Ganas di Santiago

2019-10-20 14:47:07  CRI
Share with:

Protes untuk menentang kenaikan harga tiket metro di Santiago, Chile sejak awal minggu ini telah menjejaskan keselamatan awam dan perjalanan normal penduduk tempatan. 

Untuk meredakan situasi, Presiden Miguel Juan Sebastián Piñera Echenique mengumumkan rancangan menaikkan harga tiket berkenaan ditangguhkan petang semalam.


Pada malam hari sama, pihak tentera mengisytiharkan perintah berkurung berkuat kuasa pada pukul 10 malam hingga pukul 7 pagi bagi mengelakkan protes ganas terus meruncing. 

Tempoh perintah berkurung akan diputuskan mengikut keadaan.


Setakat 19 Oktober, protes menyebabkan 11 penduduk awam dan 156 anggota polis cedera, sementara 41 stesen metro dirosakkan. Sebanyak 308 pemprotes telah ditahan.

 

梁靓