Amalan Dwistandard Dedah Hipokrasi

2019-10-20 16:06:17  CRI
Share with:

Catalonia, Sepanyol diwarnai huru-hara apabila perusuh bertindak menduduki lapangan terbang, menyekat jalan raya, menghancurkan kedai, melakukan arson dan menyerang polis, senario yang serupa dengan rusuhan di Hong Kong.

Britain dan AS yang selama ini membiarkan sahaja kekerasan di Hong Kong bagaimanapun berubah nada. Sesetengah media Barat yang menyokong pemprotes melampau di Hong Kong pula tampil mengecam perusuh dan menggesa pihak berkuasa Sepanyol segera bertindak.


Rusuhan di Hong Kong disifatkan sebagai "gerakan demokrasi", namun dipanggil "rusuhan ganas" apabila berlaku di Sepanyol.  Amalan dwistandard seumpama ini membuktikan "kebebasan dan demokrasi" yang dijunjung mereka semata-mata demi kepentingan sendiri.

Perbuatan tersebut yang juga mendedahkan hipokrasi negara terbabit, umpama "pedang makan tuan" yang akhirnya akan menikam diri.
 

张弘