AS Pindah Askar ke Iraq

2019-10-21 12:54:57  CRI
Share with:

Kira-kira 1,000 askar yang diundurkan Amerika Syarikat (AS) dari timur laut Syria akan ditempatkan ke kawasan barat Iraq, untuk tugas-tugas seperti membanteras militan Daesh (IS).

Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper kelmarin menyatakan, seramai 5,200 askar AS ditempatkan di Iraq. Tugas utama mereka ialah melatih tentera Iraq dan berkhidmat selaku penasihat, sekali gus menghapuskan saki-baki militan Daesh di wilayah negara itu.

高蕾