HSR Beijing-Zhangjiakou Diuji 385KM/H

2019-10-21 11:21:15  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500049%5c1%5c9500049_1_1_eb4400a4-b2c9-4375-91a6-89c34751acff


Kereta api laju (HSR) yang menghubungkan Beijing dan Zhangjiakou merekodkan kelajuan maksimum 385 kilometer sejam dalam ujian operasi semalam.

Landasan kereta api tersebut merupakan projek pembinaan peringkat negara yang penting, mustahak bagi memastikan kelancaran pengangkutan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Infrastruktur itu landasan pertama di dunia yang direka dengan kelajuan operasi melebihi 350 kilometer sejam, dalam persekitaran bersuhu rendah dan kerap berlaku ribut pasir.

Laluan berjarak 174 kilometer menyambungkan Stesen Utara Beijing dengan stesen Zhangjiakou di provinsi Hebei, dan mampu memendekkan masa perjalanan kepada tidak sampai satu jam. 

Projek ini juga penting bagi pembangunan terselaras Beijing, Tianjin dan Hebei.

张宪