Pertandingan Keusahawanan dan Inovasi di Guangdong

2019-10-21 15:53:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_21

Pertandingan keusahawanan dan inovasi Guangdong 2019 berakhir di Zhuhai pada 18 Oktober yang lalu. Rombongan media yang terdiri daripada media tempatan dan kebangsaan membuat liputan tentang pertandingan kali ini dan aktiviti-aktiviti berkenaan di Guangzhou, Zhuhai, Foshan dan Jiangmen dalam tempoh tempat hari.

Pertandingan kali ini menfokuskan pembinaan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau dan menggalakkan lebih banyak badan dan individu menyertai inovasi dan keusahawanan. Sebanyak 17 ribu projek berdaftar untuk menyertai pertandingan kali ini termasuk kira-kira 200 projek dari Hong Kong dan Makau.

图片默认标题_fororder_23

Pertandingan keusahawanan dan inovasi “piala keusahawanan beramai-ramai” Guangdong telah diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini. Kira-kira 400 ribu orang dari dalam dan luar negara membawa 52 ribu projek menyertai pertandingan tersebut.

图片默认标题_fororder_22

 

徐国玮