Jokowi Angkat Sumpah Jawatan

2019-10-21 11:53:36  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_jokowi

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengangkat sumpah untuk penggal keduanya, di Jakarta semalam.

Dalam ucapannya, Jokowi berjanji akan menumpukan pembangunan sumber manusia dan mencipta peluang kerja dalam penggal kedua ini. 

图片默认标题_fororder_jokowi2

Beliau menyasarkan matlamat mengetengahkan Indonesia sebagai entiti ekonomi kelima terbesar dunia menjelang ulang tahun ke-100 penubuhan Republik dan kemerdekaan negara pada 2045. Pada masa itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka mencapai USD7 trilion (RM29.2 trilion).

Untuk memastikan sasaran tersebut dicapai, Jokowi menyatakan kerajaan akan melatih tenaga kerja mahir, sekali gus membolehkan sumber pendidikan sampai ke setiap pelosok negara.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾