Xi Ucap Tahniah Forum Xiangshan

2019-10-21 14:15:51  CRI
Share with:


Forum Xiangshan ke-9 dirasmikan di Beijing pagi tadi. 

Presiden Xi Jinping dalam surat tahniahnya menyatakan, keamanan dan ketenteraman yang berkekalan di Asia Pasifik selaras dengan kepentingan bersama semua negara di rantau ini. 

Tatkala berdepan ancaman keselamatan yang kompleks, semua negara perlu bersatu padu, mempertahankan sistem antarabangsa berteraskan PBB, terus membaiki perkongsian keselamatan jenis baharu, menggalakkan keamanan dan keselamatan seluruh rantau, selain membuat sumbangan lebih besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

张宪