Sidang Pelesenan Hak Cipta Buka Tirai

2019-10-21 12:32:56  CRI
Share with:


Persidangan Pelesenan Hak Cipta Antarabangsa China 2019 membuka tirai di Beijing semalam.

Acara yang berlangsung tiga hari, bertujuan menggalakkan pembangunan mampan industri pelesenan hak cipta melalui platform bertaraf tinggi yang berorientasikan pasaran.

Persidangan turut menyasarkan komunikasi dan interaksi lebih baik antara syarikat-syarikat berkenaan.

Pengarah urusan hak cipta Jabatan Publisiti Pusat Parti Komunis China, Yu Cike pada majlis perasmian menyatakan kerajaan China mengambil berat terhadap perlindungan harta intelek termasuk hak cipta. Tema persidangan yang memfokuskan keadilan, inovasi dan kerjasama untung-untung mencerminkan trend semasa dalam perkembangan hak cipta.

张宪