Forum Xiangshan Bincang Situasi Keselamatan Baharu

2019-10-22 13:37:07  CRI
Share with:

Hubungan sesama negara besar dan keselamatan rantau Asia Pasifik antara tumpuan perbincangan para peserta Forum Xiangshan ke-9 yang dirasmikan di Pusat Persidangan Antarabangsa Beijing semalam.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dalam ucaptamanya menyatakan kesediaan China untuk bersama-sama menjunjung konsep keselamatan baharu yang komprehensif, bersifat kerjasama dan mampan.

Sinergi juga akan dijalankan untuk menggalakkan pembentukan peraturan keselamatan di Asia Pasifik, menaiktarafkan mekanisme keselamatan multilateral, membentuk perkongsian keselamatan baharu, merancakkan kerjasama ketenteraan serta membina rangka keselamatan yang mempertimbangkan keperluan semua. 

Ketua Institut Hubungan Antarabangsa Moscow di bawah Kementerian Luar Rusia, Alexander Lukin menganggap, berlatarbelakangkan perubahan pada pola antarabangsa semasa, hubungan antara negara besar turut mengalami perubahan kompleks. Ini mencerminkan betapa pentingnya pertukaran dan kerjasama antarabangsa.

Forum kali ini bukan sahaja memfokuskan hubungan sesama negara besar, kepentingan negara sederhana dan kecil serta usaha sejagat memerangi keganasan, malah menumpukan impak pembangunan sains dan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) terhadap keselamatan antarabangsa dan peperangan pada masa depan.

曹捷