Sejauh Mana Sanggup Melampaui Batas?

2019-10-22 13:51:57  CRI
Share with:

Tidak putus-putus kontroversi yang membabitkan politikus Amerika Syarikat (AS), kali ini timbul pula Peter Navarro dengan bukunya yang menyelar China dengan bermacam-macam tuduhan.

Buku yang dikarang dan diedarkan pengarah perdagangan Rumah Putih itu kononnya merumuskan pandangan pakar, padahal hanya menghimpunkan selaran pedas daripada tokoh palsu yang diada-adakan sendiri.

Perbuatan Navarro itu sekali lagi mengingatkan semua, sejauh mana tokoh "helang" AS sanggup melampaui batas semata-mata untuk menghitamkan nama China.

Lebih buruk lagi, apabila terdedah kebenaran di belakang penulisannya, politikus yang melagakkan diri sebagai pakar, sarjana dan penasihat isu China itu tidak menunjukkan sebarang tanda sesal atau malu, sebaliknya mengatakan "karyanya" hanyalah satu jenaka yang sebelum ini tidak diketahui umum.

Jika difikirkan, Navarro hanya mampu melebarkan pengaruhnya di pentas politik AS kerana masih wujudnya mentaliti Perang Dingin dan mainan campur-tolak di negara itu. Ini memberi kesempatan kepada sesetengah pihak dalaman untuk menggembar-gemburkan "teori ancaman China", bahkan menjual pembohongan bertopengkan fakta.

Yang terjejas pada akhirnya bukan sahaja kesejahteraan rakyat dua negara, malah seluruh masyarakat yang perlu menanggung akibat daripada perbuatan segelintir spekulator politik. Tidakkah ini menyongsong arus kedamaian dan pembangunan dunia?

曹捷