Cari Persamaan, Ketepi Perselisihan

2019-10-22 13:36:56  CRI
Share with:


Persaingan dan perselisihan sentiasa wujud antara China dengan Amerika Syarikat (AS). Yang menjadi penting adalah mengelakkan daripada fikiran dikawal prasangka dan hubungan dipengaruhi konflik. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berujar demikian semalam, sambil menyatakan China dan AS diharap mencari persamaan dan mengetepikan perselisihan, serta berunding secara sama rata.

Pada Khamis lalu, Penolong Setiausaha Negara AS, David Stilwell berkata, disebabkan hubungan bilateral berada pada fasa persaingan strategik, AS harus mengubah cara bergaul dengan China dan mengambil kira faktor seperti pelemahan ideologi. Stilwell juga mengkritik sistem masyarakat China.

Hua berkata, ucapan Stilwell telah mendedahkan prasangka ideologi, fikiran hegomoni dan dwistandard yang diamalkan segelintir politikus AS terhadap China. 

Katanya, China tidak berganjak dari jalan yang dipilih sendiri. China tidak ingin mengubah AS dan AS juga dinasihatkan tidak cuba mengubah China, sebaliknya menghormati hak pembangunan negara lain termasuk China dengan sikap yang inklusif dan sama rata.

张宪