Xi Ucap Tahniah Persidangan IEC

2019-10-22 11:51:18  CRI
Share with:

Persidangan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) ke-83 membuka tirai di Shanghai semalam.
 
Presiden Xi Jinping dalam surat tahniahnya menyatakan China amat mementingkan kerja penstandardan dan aktif menggalakkan penggunaan standard antarabangsa, 
agar menyokong inovasi teknologi berpiawaian tinggi, memangkin keterbukaan pada tahap tinggi dan menjana pembangunan berkualiti. 

China akan terus giat menyokong dan melibatkan diri dalam aktiviti antarabangsa berkaitan penstandardan, bersedia bersama-sama membaiki sistem standard dan struktur tadbir urus antarabangsa.

Persidangan IEC ke-83 berlangsung di Shanghai pada 14 hingga 25 Oktober dengan tema "kualiti menjadikan hidup lebih baik", mengundang kehadiran lebih 3,800 pakar dari lebih 100 negara.

曹捷