Mampu Pastikan Pertumbuhan Sihat

2019-10-22 13:42:10  CRI
Share with:

China mempunyai syarat, kemampuan dan keyakinan untuk memastikan ekonomi negara berkembang dengan stabil, sihat dan mampan.

Ketua Pejabat Penyelidikan Dasar Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Yuan Da menyatakan seiring dengan peralihan tumpuan daripada kepesatan pembangunan kepada kualiti, pertumbuhan pada kadar lebih tinggi atau rendah boleh diterima asalkan peluang kerja diperluas, pendapatan penduduk bertambah, persekitaran ekologi dibaiki, serta keberkesanan dan kualiti pembangunan dipertingkat.

Data Biro Statistik Negara menunjukkan pada tiga suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.2% berbanding tempoh sama tahun lepas, antaranya suku ketiga mencatat 6.0%.

Kerajaan China juga telah memperluas keterbukaan, melonggarkan akses modal asing, giat mendorong pengurangan cukai dan bayaran, dan menyediakan suasana perniagaan yang lebih optimum kepada entiti pasaran termasuk syarikat swasta dan syarikat asing. 

Pada sembilan bulan pertama tahun ini, lebih 30 ribu syarikat modal asing ditubuhkan di seluruh negara, dengan penggunaan sebenar modal asing meningkat 6.5% kepada RMB683.2 bilion (RM404 bilion).

曹捷