Pengambilan Kerja Kekal Stabil

2019-10-22 11:26:58  CRI
Share with:


Situasi pengambilan kerja kekal stabil di China pada tiga suku pertama tahun ini. Jumlah peluang kerja baharu yang disasarkan dijangka mampu dicapai lebih awal. 

Data terkini jabatan berkenaan Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China menunjukkan bahawa sebanyak 10.97 juta orang mendapat peluang kerja baharu di seluruh negara pada Januari hingga September lalu. 

Setakat hujung suku ketiga, pengangguran berdaftar merekodkan kadar 3.61%, turun 0.21% berbanding masa sama tahun lalu. 

Skala ekonomi yang terus meningkat dikatakan penyumbang utama kepada perkembangan positif ini.

张宪