China, Negara Paling Banyak Produk Maklumat

2019-10-22 13:45:53  CRI
Share with:


Jawatankuasa Ketiga Sesi ke-74 Perhimpunan Agung PBB telah mengadakan satu dialog interaktif dengan Pelapor Khas mengenai kebebasan bersuara di Geneva semalam.

Wakil khas urusan hak asasi Kementerian Luar China, Liu Hua menyatakan Perlembagaan China serta undang-undang domestik lain menghormati dan menjamin sepenuhnya hak rakyat untuk bersuara.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memperluas saluran untuk menyuarakan pendapat, menginovasikan cara penyeliaan umum dan telah menyediakan platform bersuara atas talian yang mudah dan efisien. 

Pada tahun lepas, jumlah pengguna Internet di seluruh China melambung kepada 829 juta, dengan 30 bilion entri maklumat dihasilkan netizen setiap hari. Sebanyak 9.5 bilion buku serta hampir 12 ribu jenis akhbar dan majalah diterbitkan sepanjang tahun yang sama.

张宪