Wuzhen Perkenal Bas Mini Automatik

2019-10-22 13:34:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500049%5c1%5c9500049_1_1_9f8f020f-214b-40b4-aed8-9c03651a9f54


Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-6 melabuhkan tirai di Wuzhen, provinsi Zhejiang hari ini. 

Bertepatan dengan tema Internet, Wuzhen telah memperkenalkan sebuah laluan bas mini automatik untuk kemudahan tetamu persidangan. 

Sepuluh unit bas mini automatik yang beroperasi di laluan berjarak 4 kilometer dikawal menerusi teknologi 5G, dan mampu mengesan pejalan kaki dan kenderaan lain dalam lingkungan 200 meter.

Sistem kawalan pintar membolehkan kenderaan berkenaan mengelakkan objek, menukar lorong dan mengambil reaksi yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan para penumpang.

张宪