CRCC Kendali Projek HSR Thailand

2019-10-25 12:06:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_a2509be1-430e-4198-8664-8c250b4c8fc3

Syarikat Pembinaan Kereta Api China (CRCC) akan mengendalikan projek landasan kereta api laju (HSR) menghubungkan Koridor Ekonomi Timur Thailand dengan Lapangan Terbang Don Mueang serta Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok dan Lapangan Terbang U-Tapao di wilayah Rayong.

Penandatanganan kontrak disaksikan Perdana Menteri Prayut Chan-ocha di pejabatnya petang semalam.

Sebagai kontraktor utama, CRCC bertanggungjawab dari segi rekaan, pemerolehan dan pembinaan. 

Ini merupakan kali pertama syarikat China membuat pelaburan dalam projek HSR di seberang laut. Projek menelan pelaburan sebanyak 224.5 bilion baht (31 bilion ringgit), dengan jarak landasan 220 kilometer dan kelajuan kereta api 250 kilometer sejam.

Pengerusi CRCC, Zhuo Lei menyatakan projek tersebut akan mendorong pengusaha China meneroka pasaran di negara lain dan meningkatkan pengaruh dalam bidang infrastruktur pengangkutan di Thailand bahkan seluruh Asia Tenggara.

曹捷