Syarikat Asing Nanti CIIE ke-2

2019-10-28 14:36:57  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 bakal diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November.
 
Banyak syarikat asing menanti-nantikan peluang untuk terus meneroka pasaran China melalui ekspo kali ini.

Kementerian Perdagangan China sebelum ini memaklumkan, lebih 3,000 syarikat dari lebih 150 negara dan wilayah akan menyertai CIIE kedua. Antaranya, bilangan syarikat yang dinobatkan antara 500 terunggul di dunia bertambah banyak. 

Selain bidang-bidang yang sama dengan CIIE pertama, ekspo kali ini juga menjanjikan ruang pameran bertemakan saraan hidup warga emas serta pertunjukan kereta tanpa pemandu di ruang terbuka.

徐国玮