CIIE Tingkat Dagangan Malaysia, China

2019-10-29 11:53:25  CRI
Share with:

Penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) menunjukkan komitmen China untuk menggalakkan keuntungan dan kemakmuran bersama dengan rakan-rakan dagangnya. 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dr. Ong Kian Ming berkata demikian dalam satu wawancara bertulis dengan Agensi Berita Xinhua baru-baru ini. 

Menurutnya, CIIE ke-2 yang akan diadakan tidak lama lagi akan meningkatkan jumlah perdagangan bilateral antara Malaysia dengan China. 

Beliau yang bakal mengetuai delegasi Malaysia, menghargai segala usaha yang dilakukan China bagi menjayakan ekspo kali ini. Ekspo tersebut diyakini akan memperbanyak peluang perdagangan kepada syarikat kedua-dua negara serta meningkatkan jumlah eksport Malaysia ke China. 

Pavilion Malaysia akan mempamerkan hasil pertanian, produk mentah dan pembangunan ekonomi digital.

徐国玮