CIIE Papar Imej Terbuka

2019-10-29 15:57:46  CRI
Share with:

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jurin Laksanawisit menyatakan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) menyediakan wadah dan peluang untuk negara-negara mempamerkan produk masing-masing.

Katanya, penganjuran ekspo tersebut jelas menunjukkan imej dan hasrat China untuk mengekalkan keterbukaan.

Jurin yang juga menteri perdagangan, akan mengetuai delegasi Thailand ke CIIE ke-2 yang dijadualkan di Shanghai pada 5 hingga 10 November.

Beliau menyatakan China rakan dagang terbesar dan pasaran paling penting bagi Thailand. Pihaknya akan mengambil peluang sempena ekspo kedua ini untuk mempertontonkan produk buah-buahan kering seperti mangga dan durian, serta produk pengguna dari industri ringan.

覃淼