EXIMBC Sedia Kredit Sokong Pengimportan

2019-10-31 17:00:47  CRI
Share with:

Bank Import-Eksport China (EXIMBC) akan menyediakan kredit khas berjumlah RMB300 bilion (RM176.5 bilion) bagi menyokong pengimportan.

EXIMBC semalam turut mengumumkan pelancaran pelan perkhidmatan kewangan khas bagi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 yang bakal diadakan di Shanghai tidak lama lagi.

Kredit khas tersebut akan diperuntukkan kepada syarikat China untuk membawa masuk kelengkapan bertaraf tinggi, pembuatan pintar, sumber tenaga serta lain-lain produk dan perkhidmatan, di samping menggalakkan penyelesaian rentas sempadan menggunakan renminbi (RMB).

徐国玮