Li, Guterres Temu di Bangkok

2019-11-04 13:49:00  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_kq



Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres di Bangkok semalam.

Pertemuan diatur di luar agenda sidang kemuncak ASEAN dengan China serta dengan China, Jepun dan Korea Selatan, dan siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur.

Li menyatakan China bersedia memperdalam kerjasama dengan PBB, dan bergabung tenaga melaksanakan agenda pembangunan mampan 2030.

Berhubung isu perubahan iklim, China komited memikul tanggungjawab dan kewajipan selaku negara membangun, menjunjung prinsip "tanggungjawab bersama tetapi berbeza", di samping bersama-sama masyarakat antarabangsa melaksanakan Perjanjian Paris ke arah pembangunan hijau, karbon rendah dan lestari.

Guterres menyampaikan penghargaan atas sumbangan China terhadap usaha menyokong multilateralisme, menjaga order berasaskan undang-undang antarabangsa, melaksanakan agenda 2030 dan menangani perubahan iklim. 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾