Li Hadir Mesyuarat Pemimpin RCEP

2019-11-05 10:55:27  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125192236_15728917207401n

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri mesyuarat pemimpin perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-3 di Bangkok malam semalam.

Li berkata 15 anggota RCEP telah selesai rundingan selepas tujuh tahun, satu kemajuan signifikan dalam pembinaan kawasan perdagangan bebas  yang paling besar dan paling berpotensi. 

Semua pihak terlibat hendaklah menyelesaikan isu-isu tertunggak sebelum hujung tahun dan menyiapkan dokumen akhir secepat mungkin bagi memastikan perjanjian ditandatangani dalam sidang kemuncak RCEP tahun depan.

Para pemimpin bersependapat selesainya rundingan RCEP memperlihatkan komitmen untuk mewujudkan ekonomi dunia yang terbuka dan menyokong perdagangan multilateral. 

Kemajuan itu juga isyarat bahawa anggota RCEP komited memperbaik iklim dan menggalakkan liberalisasi perdagangan  dan pelaburan, serta memperkukuh potensi pembangunan demi manfaat seluruh rakyat.

 

覃淼