Xi Rasmi CIIE Kedua

2019-11-05 10:09:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125194860_15729407674281n

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua dirasmikan di Shanghai pagi tadi. Presiden Xi Jinping hadir menyampaikan ucaptama.

Ekspo bertemakan "Era Baharu, Masa Depan Bersama", disertai lebih 3,000 syarikat dari lebih 150 negara dan wilayah. Lebih sepertiga negara tampil buat kali pertama. 

Pembeli pula melibatkan pelbagai sektor termasuk lebih 7,000 dari seberang laut.

Turut hadir menyampaikan ucapan, pemimpin beberapa negara antaranya Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Roberto Azevedo.

张弘