Jamuan Rai Dif CIIE

2019-11-05 10:06:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125192025_15728831027771n

Presiden Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan meraikan dif-dif Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dalam jamuan di Shanghai malam semalam.

Xi menyatakan yang diniagakan dalam CIIE ialah produk dan perkhidmatan, manakala yang ditukar-tukar budaya dan konsep. Yang dialu-alukan tetamu dari serata dunia, yang dikehendaki faedah untuk semua.

CIIE berjaya menarik penyertaan meluas yang signifikan dalam sejarah perkembangan perdagangan dunia, sekali gus menjadi platform penting bagi kerjasama antarabangsa pada era baharu ini.

Sudah terbukti bahawa sejahteralah China apabila dunia sejahtera, dan lebih sejahteralah dunia apabila China sejahtera. China memanfaatkan CIIE untuk  memperluas pengimportan, menyasarkan pusingan baharu keterbukaan bertaraf tinggi, di samping bersama-sama membangunkan Jalur dan Laluan serta ekonomi dunia yang terbuka.

Dif yang diraikan termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness, Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis dan pasangan masing-masing serta Perdana Menteri Serbia, Ana Brnabic.

张弘