Li Hadir EAS Ke-14

2019-11-05 12:27:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125192231_15728921645991n

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-14 di Bangkok petang semalam.

Li dalam ucapannya menyatakan EAS forum strategik diketuai pemimpin yang secara seimbang menggalakkan kerjasama politik dan keselamatan, pembangunan sosial dan ekonomi, komunikasi strategik dan kerjasama pragmatik.

Beliau menyeru usaha sama diintensifkan untuk membina ekonomi dunia yang terbuka serta menjunjung multilateralisme dan perdagangan bebas supaya globalisasi ekonomi berkembang ke arah lebih terbuka, inklusif, seimbang dan saling untung.

Para pemimpin bersetuju memperkukuh rasa saling percaya, memperluas kerjasama dan merangsang pembangunan mampan tatkala berhadapan cabaran semasa seperti perubahan iklim dan keganasan.

 

梁靓