Setuju Tingkat Sinergi Saling Hubung

2019-11-06 12:34:49  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125196334_15729676024601n

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan-ocha menghadiri taklimat media bersama di Bangkok pagi semalam. 

Li berkata, China dan Thailand rakan baik yang sama rata dan saling untung. Kedua-dua negara memiliki kelebihan yang saling melengkapi, dengan potensi besar dalam kerjasama. 

China bersedia bergabung tenaga dengan Thailand untuk memperkasakan hubungan dan menghadapi cabaran demi manfaat bersama.

Selesainya rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), hasil utama persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur kali ini. 

Melalui sinergi semua, akan lahirnya  zon perdagangan bebas paling besar dan paling berpotensi. Ini memperlihatkan komitmen untuk menjaga multilateralisme dan perdagangan bebas.

Dua PM bersetuju mengukuhkan kerjasama melibatkan kesalinghubungan, dan meningkatkan penyelarasan pembinaan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau dengan Koridor Ekonomi Timur (EEC).  



 

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
梁靓