Fasa Keempat Iran Gantung Komitmen

2019-11-06 14:05:26  CRI
Share with:

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengumumkan fasa keempat penggantungan perjanjian komprehensif isu nuklear.

Agensi berita IRNA memetik Rouhani sebagai berkata, Iran akan menyuntik masuk gas ke pengempar di fasiliti nuklear Fordow bermula 6 November.

Beliau mengatakan  Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tahu akan tindakan tersebut dan akan terus memantau.

Rouhani bagaimanapun menyatakan Iran bersedia mematuhi semula komitmennya di bawah perjanjian 2015 dengan syarat pemeterai lain berbuat sama.

Sejak Mei, Iran mula mengurangkan komitmen secara berfasa sebagai reaksi kepada pengunduran AS daripada perjanjian berkenaan serta sekatan ke atasnya.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
胡星