Parti Buruh Kekal Pendirian Isu Brexit

2019-11-06 13:15:38  CRI
Share with:

Pembangkang terbesar Britain, Parti Buruh melancarkan kempen di Harlow semalam, menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada 12 Disember.

Pemimpin parti, Jeremy Corbyn menyatakan pendirian pihaknya dalam isu Brexit tidak akan berubah.

Baru-baru ini, ada yang mengatakan Parti Buruh mungkin mengubah pendiriannya untuk mendapat sokongan Parti Liberal Demokratik yang menentang Brexit.

Corbyn dalam ucapan pada perhimpunan semalam menegaskan jika menang dalam pilihan raya bulan depan, partinya akan merundingkan semula perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU), disusuli pungutan suara kali kedua untuk membolehkan rakyat memilih sama ada keluar atau kekal di EU.

Tinjauan terbaru mendapati Parti Buruh tercicir kira-kira 10 mata peratusan di belakang Parti Konservatif. Corbyn bagaimanapun menyatakan dirinya yakin mampu memenangi majoriti mutlak dalam pilihan raya akan datang.

胡星