MCTE 2019 Buka Tirai

2019-11-07 16:52:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_602584475

Ekspo Perdagangan Malaysia-China (MCTE) 2019 membuka tirai di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini. 

Acara dianjurkan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) bersama pengendali Pusat Konvensyen dan Pameran Guangzhou, dengan tajaan Jabatan Perniagaan Provinsi Guangdong serta pejabat ekonomi dan perdagangan Guangdong di Asia Tenggara.

Duta Besar China, Bai Tian dalam majlis perasmian menyatakan Guangdong dan Malaysia saling melengkapi dari segi sumber. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah dagangan provinsi itu dengan Malaysia menduduki kira-kira sepertiga keseluruhan dagangan China dengan Malaysia. 

MCTE dipercayai akan menjadi platform penting untuk  memangkin kerjasama saling untung melibatkan perdagangan, pelaburan dan kapasiti pengeluaran.

Katanya, pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua di Shanghai menarik ramai peniaga China. Ini satu kemajuan penting dalam kerjasama, yang akan membawa lebih banyak faedah kepada kedua-dua pihak.

MCTE diharap dapat bertapak di Malaysia dan memperluas lingkungan ke seluruh ASEAN hingga menjadikannya ikon baharu kerjasama ekonomi antara Guangdong dengan Malaysia bahkan ASEAN.

Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menyatakan kini terdapat kira-kira 1,200 syarikat Malaysia beroperasi di Guangdong, sementara jumlah pelaburan Guangdong di Malaysia melebihi USD1 bilion. Syarikat China yang menyertai MCTE telah membawa produk teknologi terkini dan produk pintar yang inovatif.

Beliau berharap teknologi tersebut dapat membantu Malaysia merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Syarikat Malaysia hendaklah memanfaatkan MCTE untuk meneroka bidang kerjasama baharu.

 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
张弘