Agenda Xi di Greece, Brazil Signifikan

2019-11-08 11:19:51  CRI
Share with:
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Greece dan menghadiri sidang kemuncak BRICS di Brazil pada 10 hingga 15 November.

Naib Menteri Luar, Qin Gang menyatakan lawatan Presiden Xi ke Greece signifikan bagi hubungan dua hala, juga akan menyuntik penjana baharu kepada perkembangan hubungan China-Eropah dan pembangunan bersama Jalur dan Laluan.

Sidang kemuncak BRICS ke-11 dijadualkan berlangsung di Brasilia pada 13 hingga 14 November.

Naib Menteri Luar, Ma Zhaoxu sebelum ini menyatakan mekanisme kerjasama BRICS telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia, pembaharuan sistem tadbir urus global serta kedamaian dan kestabilan sejagat. 

China bersedia bersama-sama Brazil dan pihak-pihak lain yang terbabit menggalakkan sidang kemuncak kali ini membuahkan hasil memberangsangkan. 

Melalui usaha bersama, BRICS  diyakini akan memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan dunia serta pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
张弘