CIIE Signifikan bagi Ekonomi Dunia

2019-11-08 12:50:53  CRI
Share with:
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) signifikan bagi pertumbuhan ekonomi dunia, kata Menteri Perdagangan dan Industri Laos, Khemmani Pholsena.

Beliau yang menghadiri ekspo menyatakan ekonomi dunia kini meleset dan berdepan kesukaran. CIIE menawarkan platform cukup baik untuk syarikat seluruh dunia menjalankan kerjasama.

Ini kali kedua Laos menyertai CIIE, membawa produk seperti beras, teh, kopi dan perabot mahogani. 

Khemmani berkata, CIIE dapat membantu mempromosi produk Laos kepada seluruh dunia dan kerajaan akan menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat.
梁靓