CMG Lancar Pusat Kawasan Teluk

2019-11-08 11:13:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_傲游截图20191108111149

Pusat Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau kendalian Kumpulan Media China (CMG) mula beroperasi semalam, serentak dengan pelancaran platform media mudah alih baharu Radio Teluk Besar.

Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan pembukaan pusat yang terletak di Shenzhen menandakan penyiaran CMG di Guangdong, Hong Kong dan Makau telah memasuki fasa baharu.

CMG akan menyokong pembangunan Kawasan Teluk Besar dengan menyediakan lebih banyak produk maklumat, hiburan dan sukan yang berkualiti kepada penduduk tempatan.

图片默认标题_fororder_傲游截图20191108111111

Platform media mudah alih baharu Radio Teluk Besar pula menjanjikan program-program terbaik buat pendengar.

张弘